Daftar minat

Under construction · SP-014

Saujana Lembah Bujang Semi-D & Banglo

Taman Lembah Bujang Saujana (sebelah MRSM & UiTM Merbok), Merbok, Kedah
FreeholdIndividual title (Rezab Melayu)Malay Reservesemi-D setingkatbanglofreeholdRezab MelayuMerbok

About this project

Saujana Lembah Bujang ialah koleksi rumah berkembar (semi-D) dan banglo setingkat freehold di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok, Kedah, bersebelahan MRSM dan UiTM Merbok. Berstatus Rezab Melayu dengan geran individu, dan hanya 24 unit semi-D serta 2 unit banglo dibina.

Setiap semi-D dibina atas tanah 33.5' x 80' (sekitar 2,680 kaki persegi) dengan binaan 24' x 45', 4 bilik tidur dan 2 bilik air, semuanya di satu tingkat. Tanah yang lebar memberi ruang tepi rumah untuk kereta tambahan, kebun kecil atau sambungan dapur. Harga dari RM390,000. Untuk yang mahu lebih luas, 2 unit banglo setingkat dibina atas tanah 63.5' x 80' dengan binaan 31' x 50'.

Rumah setingkat tanpa tangga sesuai untuk keluarga yang tinggal bersama ibu bapa. Lokasinya hanya 2.3km ke MRSM Merbok dan 2.9km ke UiTM Kedah, jadi permintaan sewa daripada staf dan keluarga pelajar juga ada. AIMST Bedong 8.8km, Amanjaya Mall 13km, dan Lebuhraya PLUS mudah diakses melalui Tol Sungai Petani.

Sesuai untuk keluarga Melayu dan penjawat awam yang mahu semi-D atau banglo baru dengan tanah luas di Sungai Petani, pada harga yang jauh lebih rendah berbanding kawasan bandar.

Kod rujukan / Ref: SP-014

Jenis unit & harga

JenisTanahBuilt-up (kp)Bilik / bilik airHarga dari
Semi-D setingkat (24 unit)33.5' x 80'1,0804 / 2RM390,000

Harga ikut price list pemaju. Tertakluk kepada perubahan oleh pemaju.

Highlights

  • Semi-D setingkat atas tanah 33.5' x 80' (±2,680 kp), binaan 24' x 45' (±1,080 kp)
  • 4 bilik tidur, 2 bilik air: semua di satu tingkat, mesra warga emas
  • Hanya 24 unit semi-D dan 2 unit banglo
  • Banglo setingkat atas tanah 63.5' x 80' (±5,080 kp), binaan 31' x 50' (±1,550 kp)
  • Pegangan kekal (freehold), Rezab Melayu, geran individu
  • Ruang tepi rumah dan laman yang luas untuk kereta, kebun atau sambungan
  • Dalam township yang sama dengan Fasa 1G (rumah siap di tapak)
  • 2.3km ke MRSM Merbok, 2.9km ke UiTM Kedah

Nearby

  • MRSM Merbok 2.3km
  • UiTM Kedah (Merbok) 2.9km
  • AIMST University Bedong 8.8km
  • Amanjaya Mall 13km
  • Hospital Sultan Abdul Halim 15km
  • Pusat bandar Sungai Petani ±15km
  • Lebuhraya PLUS (Tol Sungai Petani Utara & Selatan)

Project details

Price
RM390,000
Price per sq ft
from RM361
Stage
Under construction
Expected completion
–
Property type
Rumah berkembar & banglo setingkat
Built-up
1,080 sq ft
Land
33.5' x 80'
Bedrooms
4
Bathrooms
2
Tenure
Freehold
Title
Individual title (Rezab Melayu)
Bumi status
Malay Reserve
Total units
26
Booking fee
Ask us
Listing ID
SP-014

Maklumat pemaju (Akta Pemajuan Perumahan)

No. lesen pemaju
7621/12-2027/1298(A), sah 04/12/2022 - 03/12/2027
Pihak berkuasa pelulus
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK)

Semak lesen dan permit di portal Teduh KPKT sebelum bayar apa-apa.

Location

Taman Lembah Bujang Saujana (sebelah MRSM & UiTM Merbok), Merbok, Kedah. Open in Google Maps · More new projects in Merbok