Daftar minat

Harga Rumah Baru Sungai Petani 2026: Senarai Projek Perumahan dan Harga Nett

Senarai projek perumahan baru di Sungai Petani, Bedong dan Merbok 2026 dengan harga mula: teres setingkat dari RM220K, teres 2 tingkat, semi-D dan villa.

Sungai Petani kini ada pilihan projek perumahan baru yang luas, dari teres setingkat mampu milik di bawah RM250,000 hingga semi-D dan villa di kawasan golf. Kebanyakannya freehold dengan geran individu, dan ramai pemaju menawarkan pakej percuma yuran guaman serta rebat untuk lot Bumi. Senarai di bawah dikemas kini Oktober 2026 berdasarkan price list dan pakej pemaju yang kami ada.

Ringkasnya: teres setingkat baru dari sekitar RM220K, teres 2 tingkat dari sekitar RM388K (nett lot Bumi), semi-D dari sekitar RM465K. Harga di bawah ialah harga nett lot Bumi selepas rebat jika ada pakej rebat; selain itu harga senarai pemaju.

Senarai projek dan harga mula (Oktober 2026)

ProjekKawasanJenisHarga dari
La' Aviera SerenaBandar Puncak AliraTeres setingkat, kluster, bangloRM220,000
Lumina BedongBedongTeres setingkatRM244,530
Taman Lembah Bujang Saujana Fasa 1GMerbokTeres setingkatRM284,810
Taman Permaipura Zon DBedongTeres 2 tingkat (siap)RM388,711
Taman Lang AmanBandar AmanjayaTeres 2 tingkatRM435,908
Ayra @ Yarra ParkBandar Puteri JayaTeres 2 tingkat (22 kaki)RM459,735
Alea & Viona IISaujana PermaiKluster / semi-D setingkatRM464,968
Sierra @ Yarra ParkBandar Puteri JayaSemi-D 1 & 2 tingkatRM500,000
Permaipura Villa Fasa 2Permaipura Golf, BedongVillaRM586,400
Eliana & EllieSaujana PermaiKluster 2 tingkat (siap)RM649,800
Sylvia @ SP SaujanaSP SaujanaSemi-D garden home (siap)RM841,320

Harga dan ketersediaan unit berubah dari semasa ke semasa. Klik nama projek untuk harga senarai, pelan lantai, lesen pemaju dan permit iklan, atau lihat semua di projek baru Sungai Petani, Bedong dan Merbok.

Rumah baru atau subsale di Sungai Petani?

Teres 2 tingkat subsale di Sungai Petani lazimnya diiklankan sekitar RM320,000 hingga RM400,000, iaitu lebih rendah daripada kebanyakan projek baru. Rumah baru pula datang dengan pakej yuran guaman percuma, rebat, waranti kecacatan 24 bulan dan komuniti berpagar di sesetengah projek, serta tiada kos baik pulih dalam tahun-tahun awal. Untuk perbandingan penuh, baca rumah projek baru vs subsale, dan lihat rumah subsale Sungai Petani di SubsaleProperties.my.

Tips sebelum tempah

  1. Tanya sama ada harga "Dari" itu untuk lot Bumi, dan berapa harga untuk lot terbuka. Lihat cara kira harga nett.
  2. Semak lesen pemaju dan permit iklan pada halaman projek, dan sahkan di portal Teduh KPKT.
  3. Rumah pertama sehingga RM500,000 mungkin layak untuk pengecualian duti setem penuh.
  4. Penjawat awam boleh guna LPPSA di kebanyakan projek; baca beli rumah baru guna LPPSA.
  5. Kira ansuran dengan kalkulator rumah sebelum membuat keputusan.

Soalan lazim

Rumah baru paling murah di Sungai Petani 2026?

Antara yang paling mampu milik ialah teres setingkat di Bandar Puncak Alira (dari RM220,000) dan teres setingkat di Bedong (dari sekitar RM244,500 nett untuk kuota Melayu). Harga bergantung pada lot dan pakej semasa.

Projek teres 2 tingkat baru di Sungai Petani berapa harga?

Teres 2 tingkat baru di Sungai Petani bermula sekitar RM388,000 hingga RM460,000 harga nett lot Bumi, contohnya Taman Permaipura Zon D, Taman Lang Aman di Bandar Amanjaya dan Ayra @ Yarra Park di Bandar Puteri Jaya.

Apa beza harga senarai dan harga nett?

Harga senarai ialah harga dalam price list pemaju. Harga nett ialah harga selepas diskaun lot Bumi, rebat dan rebat tunai. Di laman ini, harga 'Dari' ialah harga nett terendah untuk lot Bumi, dengan harga senarai dipaparkan di bawahnya.

Cari rumah projek baru?

Kami hantar price list dan pelan lantai terkini, percuma.

Lihat projek

Baca juga